Tuesday, June 15, 2010

Irfan go green!

i think, everywhere people are talking about go green now. so Irfan pun nak contribute something la kan. aku pun belikan la Irfan cloth diapers kat sini, which aku rasa the lowest price i can get for Coolababy CD. aku beli 6 pieces je, saje je nak try. lagipun, aku tak plan nak guna CD fully, aku guna at night and during weekend je.

cute tul CD nih kan. colourful!

here are some good tips on how to care for the cloth diapers copied from internet:

* Bagi CD yang baru, prewash 2-3 kali sebelum guna tanpa menggunakan sabun. (Ini adalah untuk menambah baik penyerapan fabrik) bila dah dapat je CD tu, aku terus basuh and let it dry. aku buat ni 2 kali before guna.

* Untuk basuh CD yang telah digunakan, semburkan air ke atas inner yang terkena najis dan buang semua najis ke dalam mangkuk tandas, bilas sehingga hilang bau. Warna kuning masih ada?? Jangan risau, serahkan tugas tu kepada mesin basuh dan cahaya matahari.. betul betul betul:) warna kuning tu hilang bila dah jemur

* Semasa sesi basuhan, masukkan kesemua CD ke dalam mesin basuh, boleh guna sabun paling murah di pasaran,gunakan sedikit saja sabun. kira-kira 1/4 sukatan. lebih elok guna sabun kain jenis kurang buih, tidak mengandungi enzyme (contoh enzyme pewangi atau enzyme pemutih) kerana sesetengah bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif.Kalau takut CD cepat rosak, gunakan laundry net ye. aku guna NappiKleen yang Tesco punya tu jer..

* JANGAN masukkan 'softener' atau clorox semasa membasuh kerana 'softener' boleh mengurangkan daya serapan dan clorox boleh merosakkan cloth diaper/'insert'. anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan poo-poo) sekiranya ada. andaikata cloth diaper tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian. simpanan tidak boleh lebih dari 3 hari. kekadang aku simpan more than 3 days. tak sempat....ke malas.hehehe

* Kemudian jemur seperti biasa. Paling bagus jika dijemur di bawah cahaya matahari. aku jemur kat balcony. cepat jer kering

* Lepas dah kering, angkat dan masukkan insert ke dalam pocket pant. Bila nak gna dah ready... yang ni, aku bila nak guna, baru terkial2 nak insert.hehehe

* sebulan atau seminggu sekali, lakukan 'stripping' iaitu dengan membersihkan bahagian dalam dan luar 'microfleece' dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyaknya contohnya 'Sunlight', kemudian dibilas bersih-bersih supaya 'microfleece' dapat berfungsi dengan baik. biasanya apabila cloth diaper sudah lama digunakan dan nampak seperti 'microfleece' kurang menyerap dan air kencing keluar mengikut tepi cloth diaper, maknanya 'stripping' perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada 'microfleece'. yang ni tak pernah buat lagi. again, tak sempat....ke malas.hehehe

ohhh....by the way microfleece tu adalah part yang colourful tu and insert is kain putih yang kita insert masuk dalam microfleece tu.

No comments: